Objektif
-Membantu menambahkan sumber pendapatan serta menaikkan taraf ekonomi penduduk-penduduk miskin di Negeri Kelantan terutamanya dari golongan petani, penternak dan nelayan.
-Melatih kaum ibu dan golongan miskin ini berdikari dan berusaha membaiki diri.
-Melahirkan insan yang beriman, bertakwa dan ingin maju diri untuk meningkatkan taraf hidup melalui ilmu dan usaha
-Memaksimumkan pendapatan daripada pertanian berasaskan kepada kecekapan pengeluaran dan peningkatan daya pengeluaran melalui pemilihan tanaman yang menguntungkan dan penggunaan teknologi moden secara cekap.
-Mempergiat dan mengembangkan sektor pertanian menerusi pembangunan pertanian intensif, pengkomersilan dan pertanian berskala besar,menggalakkan pengguanaan teknologi dan pengurusan moden.
