Selamat Datang Ke PDRK KB 2007

                                                                                 

 

 

  LAPORAN PDRK KB 2006

                                                                                                                        

                                                                                                                   

Perkembangan
Galeri

      Latar Belakang

 Walaupun negara sedang mengalami zaman siber atau zaman teknologi maklumat tetapi kita tidak boleh lupa bahawa masih ramai golongan yang daif dan memerlukan bantuan dalam bentuk harta benda, wang ringgit dan khidmat nasihat.  Ini tidak boleh dinafikan apabila wujudnya seramai 5,990 rakyat termiskin di negeri ini mengikut Bancian AIM.  Manakala kadar kemiskinan Negeri Kelantan ialah 18.7% pada tahun 1999 iaitu antara yang tertinggi di Semenanjung Malaysia.

 Masalah yang dihadapi oleh mereka ialah pendapatan kecil, kualiti produk rendah, harga produk rendah dan pasaran tidak terjamin.  Mereka adalah tergolong dikalangan nelayan, petani, penternak, buruh ladang dan pekerja am.Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan dan Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Kelantan memang peka kepada masalah yang dihadapi oleh rakyat jelata terutama di kalangan mereka yang miskin dan daif.

 Pelbagai program telah diilhamkan oleh Baginda berdua dan berjaya dilaksanakan bertujuan untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat yang memerlukan. Diantara program-program tersebut termasuklah pewujudan Tabung Tenaga Berdikari.  Tabung Biasiswa Ijazah Lanjutan Sultan Ismail Petra dan penubuhan Tabung Dermasiswa Tengku Anis dan lain-lain.

 Projek DiRaja Jajahan Kota Bharu ini merupakan, program susulan yang lebih berintegrasi bagi mendekatkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan dan Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan kepada rakyat.  Baginda berdua akan memberi ehsan dan memperkenalkan projek yang lebih bersepadu, untuk dimajukan secara berkelompok kepada golongan/komuniti yang sangat-sangat memerlukan. 

 

 

Peserta PDRK

 

 

 

Jenis Tanaman